Pages

2.8.11

Juadah Berbuka Puasa Hari Pertama

Salam ramadhan untuk hari kedua..alhamdulillah.

Dah petang-petang ni kepala asik duk pikir balik nak masak apa je nih. Masakan yang ringkas dan enak dimakan.

Tapi kepalaku lebih menjurus kepada hidangan air apa untuk dinikmati bila berbuka nanti sebab dahaga je lebih ni, semalam ku beli air tebu dan kubuat jus tembikai. Memang kenyang minum air nasi makan sikit je.

Korang dah petang ni tak kisah la kan kalau ku letak gambar makanan aka juadah hari pertama puasa semalam. kot-kot boleh beri idea untuk korang masak atau beli hihi. Ni rujukan ku juga kot nak ulang menu sama lain kali nih.

Semangat masak bila tengok rega makanan yang dijual tak berbaloi dengan kuantitinya. Ye lah semua barang mahal sekarang ni, nak jimat masak la sendiri kan. Tapi tak jamin juga la kot-kot pertengahan ramadhan nanti semangat masak surut atupun nak tukar selera beli je sikit-sikit kan. Tengok keadaan macamana nanti.

Juadah semalam

Dimulakan dengan hidangan air

Air tebu...perghhhhh
 Jus tembikai

Lauk pauk (baru pasan xde menu sayur huhu)

 Ikan tongkol masak tiga rasa (menu baru biasa guna ikan bawal atau talapia je) sedap
Sup siam ayam untuk ammar sebenarnya

 daging goreng kicap
Ikan goreng

Manisan selain kurma
 Kuih butir nangka (resepi klik sini )
Buah anggur manis tanpa biji
dan ada lagi buah manggis & colek nenas tak sempat amik gambar bateri HP mati


* kredit & penghargaan buat hubby yang masak, aku tukang buat air je..thanks B

30 comments

August 2, 2011 at 5:07 PM

dah lama tak minum tebu...walau dah setahun, tp wani masih pantang...hehe

menu daging kicap kita sama..hehe..tp semalam, kol 10 baru masak juadah berbuka.

balik dh lewat, tapau murtabak je semalam...bancuh ribena...then kongsi makan laksa sebungkus ngan husband :)

August 2, 2011 at 5:10 PM

qema..butir nangka tu tak tahan tengok..harus petang ni kak daa mesti mmebuatnya...

August 2, 2011 at 6:49 PM

Amboi sedapnye

August 3, 2011 at 6:00 AM

bagus hubby tlg masak...
sy br lps pantang. kalau anak yang dua orang tu after 2 months sy dh minum ais...
tp utk yg baru ni hubby kata pantang ais setahun. huhuhu...

tembikai je la sy mkn...

August 3, 2011 at 9:32 AM

cheqna ni kureng sket minum air tebu kalau bulan pose sebab tajam kan...kita perut kosong...tapi ada org rilek je...no hal..=)

August 3, 2011 at 10:12 AM

@Aku Ibu Muda Masak banyak2 ni sebab raai kat rumah tu, kalau berdua dgn hubby xde la nak masak beriya camni hihi..

Air tebu ni baru mnm banyak lepas ammar 16month:)

August 3, 2011 at 10:14 AM

@suri solehah Tempat kita ni la kuih tradisinya kak da kan..ni duk tunggu hari balik awal nak bikin kepek idung lak hihi

August 3, 2011 at 10:14 AM

@Fitri Senin Terima kasih:)

August 3, 2011 at 10:17 AM

@anisalya Dia balik awal tolong masak ngan adik lelaki kat rumah..saya pas bersalin dulu minum gak air sejuk tapi xletak ais, just letak lam peti pastu minum..sekarang semua bantai dah hihi

Baru pasan, kak sal de add kt FB lepas tgk gambar profile ni, nanti qema approve ye:)

August 3, 2011 at 10:18 AM

@cheqna Ye cheqna, sesetengah org xleh minum terutama yang ada gastrik, qema no hal la takat ni minum bergelas sebab dahaga sangat hihi

August 3, 2011 at 12:04 PM

bestnya qema, asben pandai masak macam2. Asben akak tak pandai, nasi goreng pandailah dia..hihi.

Lagipun dia balik keje, lagi 1/2 jam nak berbuka, mmg sempat tolong buat air je...huhu.

Selamat berpuasa qema ya..

hari ni menu apa pulak tu??

August 3, 2011 at 12:40 PM

kakD pun kemarin minum air tebu gak...skg mood nak ambik gAmbar masa berbuka dah tak dan dgn ank dara akak sorang tu...

August 3, 2011 at 2:15 PM

teros berbunyik2 perot akak Qema..fuhhhhhh

akak semalam pun minom air Tembikai
tapi macam tak kaw sangat

August 3, 2011 at 3:19 PM

waduhh...kak...mengasyikkan dungguh tgk menu2 berbuka akak tu..
jus tembikai tu yg tertahan tu..

August 3, 2011 at 3:35 PM

@~ yus ~ Alhamulillah..gilir msk kak, kalau qema blk awal mmg laju ke dapur, tolong buat air pun okey dah tu kak, keja nak buat camana kan..

Hari ni tak tau lagi nak masak apa, duk pikir2 la ni hihi

Selamat berpuasa juga buat akak sekeluarga:)

August 3, 2011 at 3:36 PM

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ kak D ni ambil gambar sebab balik keja dah siap semua kalau tak memang tak sempat nak buat apa dah siap masak dah nak berbuka hihi

August 3, 2011 at 3:37 PM

@AdanyaKauUntukku Tu la kan, kn elak post gambar makanan by2 ni hihi..ni jus buat sndiri ni kak mmg kaw la kan :)

August 3, 2011 at 3:38 PM

@♥cmª shIemª♥ Menu permulaan puasa mmg la cma, ce tgk nanti dah pertengahan puasa camana menunya hihi

August 3, 2011 at 4:11 PM

butir nangka yg tak tahan tgk tu...huwaaaaaaaaa!! ko mmg kejam!!

August 4, 2011 at 12:14 AM

minum air tebu ngan tembikai dah kenyang dah akak.. hehehe.. tgk buah anggur pon sedap plak..

August 4, 2011 at 7:36 AM

ma, mu masak ke sume lauk pauk n kuih tu?sempat ye masak macam2...aku bulan pose ni memang menu sayur tu perlu kurang kan...x selera nak telan .makan nasi gan lauk, air kompem la terlebih minum sampai kadang2 x abis nasi. kenyang air je la

August 4, 2011 at 2:39 PM

semua menunya membuka selera.. bab air tu tak payah cakaplah.. he..he..

August 4, 2011 at 3:40 PM

dah 3 hari puasa setakat ni tak minum lagi air vtebu...terliur pula bila tgk kat sini

August 5, 2011 at 9:27 AM

@wahida hihi kak, makanan tradisi gini je ku reti buat hihi

August 5, 2011 at 9:27 AM

@nur farahin binti sulaiman bantai air dulu dua tiga gelas memang kenyang dik hihi, buah pas makan.

August 5, 2011 at 9:28 AM

@PoohGumux ni masakan suamiku ta, aku buat air jah, katanya nyambut posa dia blk awal biar dio masak hihi..sahur pns hok mana ado jah ta..kalau xde lbh baru ku masak hok simple2 jah.

August 5, 2011 at 9:29 AM

@Hanis Azla Seharian berpuasa, rasa nak makan macam2 kan hihi

August 5, 2011 at 9:29 AM

@munna ni terliur gak kak, tu beli juga tuh..tebu pyior mmg sedap.

August 5, 2011 at 12:24 PM

daging goreng tu letak daun limau purut ye?

August 5, 2011 at 4:46 PM

@PoohGumux Ho ta..penyedap bau kata org hihi

Post a Comment

Sudi-sudilah klik ye..terima kasih