Pages

1.7.11

Nak cari calon isteri??? Baca ni..

Salam tengahari jumaat semua..

Permulaan Julai dihari Jumaat yang mulia, moga kita semua sentiasa dibawah rahmatNya. Buat yang lelaki yang tengah duk cari calon isteri tu, beringat dan kalau boleh cari calon isteri yang jauh dari golongan 6 dibawah ni. Buat isteri termasuk juga yang duk tulis ni, jaga diri muhasabah diri masing-masing agar hubungan suami isteri sentisa rukun damai, dirahmati serta bahagia hingga ke syurga.



Sebelum dia menjadi milik kamu sepenuhnya, nilai dulu..

6 Golongan Yang Bahaya Dijadikan Isteri

1.   Al-Anaanah
Mereka adalah golongan isteri yang sentiasa keluh resah. Apa saja yang diberikan oleh si suami tak pernah pun rasa cukup. Dah diberi kereta, takcukup lagi, dah diberi rumah, tak cukup, dah diberi intan berlian pun masih tak cukup. Sedikit pun cirri isteri ni tak pernah berterima kasih kepada suami. Tak reti nak bersyukur.

2.   Al-Manaanah
Mereka adalah golongan isteri yang suka mengungkit. Silap sikit si suami, habis diungkitnya cerita 15 tahun lepas hingga terkini sampai anak pun tahu segala rahsia ayah depa.Issssshhhhh bahaya ni..Benda yang 15 tahun cerita negatif suami, dia ingat tapi pasal 15 tahun punya budi yang disemai oleh si suami langsung dia tak kenang.

3.   Al-Hunaana
Golongan isteri ini suka membanding-bandingkan suaminya dengan orang lain. Andainya, si suami buat kerja terhegeh-hegeh dan tak cekap buat kerja, let’s say, tukar lampin anak, mulalah si isteri ni nak bandingkan suaminya tu dengan suami orang lain atau lelaki lain. Suami orang lain cekap je tukar lampin tapi suami dia lembap nak mamposss….Si suami diam je, tahan sabar. Kalau diikutkan hati, talak 3 la jawabnya…Kalau dah tak tahan sabar, terus talak 3. Bila datang pejabat agama, kenapa boleh jadi kes talak? Puncanya kain lampin…Haaaaa!!???

4.   Al-Hudaaqah
Isteri yang suka memaksa suami. Atau dengan erti kata lain ugut suami. Contohnya, bila nak balik raya, si isteri mula la pura-pura menitik air mata nak beraya tahun ni dekat rumah mak ayah si isteri. Padahal 2 tahun berturut-turut dah beraya kat rumah mak ayah si isteri, tahun ni pun dia nak balun raya tempat sama. Nak tak nak, sebab simpati, suami pun ikutkan la kata si isteri. Ni boleh dipaggil ugut ye tuan-tuan dan puan-puan. Kes ini juga boleh dikategorikan ingkar kepada suami sebab langgar apa yang dijanjikan. Peristiwa ini akan menyebabkan pihak ketiga akan terasa iaitu pihak keluarga si suami. Ye laaa dah 3 tahun berturut-turut tak balik raya.

5.   Al-Hulaaqa
Isteri  yang  sering leka. Leka kerana benda-benda lain sehingga mengabaikan  tanggungjawab keluarga. Contohnya isteri terlalu taksub dengan hak kewanitaan. Konon-konon wanita tidak patut dijadikan sebagai orang gaji. Bila pulang dari kerja, dibantainya tido sampai lupa nak sediakan makan minum suami dan anak. Bila suami tegur, depa cakap macam ni, “Awak ingat saya ni hamba awak???”….Tapi bila bos dekat ofis suruh buat itu ini, boleh pulak buat tanpa sikit bangkang pun.

6.   As-Salaaqah
Isteri yang tidak pandai jaga cara pergaulan. Yang mana perlu dirahsiakan, rahsiakan laaa..Ini tidak, riuh satu suratkhabar bila suami buat silap. Biarlah hanya sesetengah orang yang berkenaan je yang tahu. Contohnya macam artis nak minta cerai, belum lagi si suami melafazkan cerai, sudah dihebohkan kepada media tentang buruk perangai si suami. Ingat!!! Selagi anda masih bergelar isteri walau macam mana gampang sekalipun suami anda, anda tidak berhak mengaibkan dia. Satu lagi contoh As-Salaaqah, isteri yang tidak jaga pergaulan macam lepak tak tentu hala, bersalaman dengan bukan muhrim (walau atas alasan kerja) serta tidak menutup aurat.

Sekian tazkirah hari ni, moga kita semua dijauhkan sifat tersebut, jua buat kaum lelaki aka suami, jika mahu isteri yang baik, jadikan kamu juga orang yang baik2 kerana tugas sebagai pemimpin keluarga di bahu kamu.


*sumber perkongsian ilmu tapi dah diolah sedikit dari FB dan blog crew fathi kalau tak silap sebab  ter 'delete' lupa nak copy link.tapi dah minta izin nak share sini. Terima kasih atas perkongsian ilmu ni ye:)


20 comments

July 1, 2011 at 1:12 PM

thanks qema
di hari jumaat ni mari sama2 btolkan mana yg silap

July 1, 2011 at 1:24 PM

....rs insaf n muhasabah dri sndri. Makin kita rs kita thu, makin bnyk sbnrnya lg yg kita xthu....

apepun thnx sbb hari ni bgthu ape yg org xthu@xsdar@xambl peduli@yg swaktu dgnnya...hehe

July 1, 2011 at 1:40 PM

semoga kita tak tergolong dlm 6 golongan tu....

July 1, 2011 at 1:59 PM

Terima kasih qema..masih berguna jugak untuk acik ni..walapun dah lama..

July 1, 2011 at 2:31 PM

alhamdulillah..n3 yg sgt bagus..
thanks qema..

July 1, 2011 at 2:37 PM

minta dijauhkan lah kita semua dari sikap2 spt ini, kan.

July 1, 2011 at 2:45 PM

kalo difikirkan, banyak ciri ciri yang disebut tu dah jadi macam budaya dalam masyarakat kita..

semoga menjadi panduan untuk kita semua..

July 1, 2011 at 4:56 PM

@SyaNa sama-sama kak..insyaAllah.

July 1, 2011 at 4:57 PM

@nur_ied@ Tu la yah, ore pun blogwalking, ada yang patut dikongsi ore publish kat blog..harap sama2 dapat kebaikan.

July 1, 2011 at 4:58 PM

@munna InsyaAllah..amin.

July 1, 2011 at 4:58 PM

@Acik Erna sama2 acik..kita tak sempurna tapi berusaha untuk kebaikan kan:)

July 1, 2011 at 4:59 PM

@kakchik@ella ye kakchik..insyaAllah.

July 1, 2011 at 5:00 PM

@nurkass Sama-sama..peringatan untuk semua termasuk qema juga.

July 1, 2011 at 5:01 PM

@pipoq dahulukan agama daripada budaya..insyaAllah sama-sama muhasabah diri.

July 1, 2011 at 5:13 PM

ishhhhh...nauzubillah, semoga kita dijauhkan drp sifat2 sebegini...

July 1, 2011 at 5:20 PM

syukurr , thanx for sharing dik ! :)

July 1, 2011 at 6:52 PM

tq for sharing kak qema..

khas buat isteri2 cam cma juga..

July 2, 2011 at 9:07 AM

@wahida InsyaAllah minta dijauhkan..

July 2, 2011 at 9:08 AM

@ieda
Alhamdulillah..sama-sama kak.

July 2, 2011 at 9:12 AM

@♥cmª shIemª♥ Sama-sama..ye peringatan untuk kita juga..

Post a Comment

Sudi-sudilah klik ye..terima kasih