Pages

28.3.11

Letup-letup hilangkan gatal-gatal...

Tadi duk buat carian kat google tetiba jumpa petua nak hilangkan gatal2 badan ni, sejak menjak ni ku alami gatal2 kulit, tak tahu kenapa mungkin alahan pada makanan laut takpun sebab air yang kurang bersih.
Duk garu2 ni kulit jadi tak cun la huhu, dah p klinik, inject mkn ubat pun masih lagi gatal2..

Ni haa sapa kenal pokok letup-letup ni..juga dikenali sebagai pokok penutup bumi, aku adik bradik panggil pokok ulat bulu sebab buahnya berbulu tapi tak gatal ye hehe,tumbuh menjalar, daun seakan-akan daun anggur, buah dilitupi bulu, bila masak buah kekuningan
Buah letup-letup @ buah ulat bulu (google)

tumbuh menjalar kat pagar (google)

Kebaikannya adalah:-

Merawat Gatal Pada Kulit


1. Ambil beberapa batang pokok letup-letup.Pastikan anda mengambil seluruh bahagian pokok letup-letup. Termasuklah bahagian akarnya sekali.
2. Seperti biasa, bersihkanlah dulu keseluruhan bahagian pokok tersebut.
3. Kemudian, rebuskan pokok letup-letup sehingga mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sehingga suam.
5. Akhir sekali, sapukanlah air rebusan tersebut pada bahagian kulit anda yang terasa gatal.

Melegakan Batuk

1. Sama seperti langkah no. 1 hingga 4 untuk cara merawat gatal kulit di atas.
2. Apa yang membezakannya, anda perlu minum air rebusan tu secara perlahan-lahan.

Merawat Luka

1. Dapatkan beberapa helai daun pokok letup-letup.
2. Bersihkan daun letup-letup tadi dan lumatkannya.
3. Bubuh atau tepek daun yang telah dilumatkan pada bahagian badan anda yang luka.


cantik kan bunga dia

ni buah masak yang aku duk pulun makan kat kampung dulu2

Selama ni tahu makan buah dia je, tak tahu pula banyak khasiat & berguna pula padaku ketika ini. Harus balik rumah g terjah kebun tebu hubbyku yang bersemak belakang rumah tu kot2 ada pokok letup2 ni..

Subhanallah, menjadikan segala isi perut bumi dengan pelbagai khasiat masing2, aku je tak buat kajian & tak ambil tahu..ingat semak main tebas je huhu

Terima kasih google hehe, ubat percuma & insyaAllah mujarab, nanti aku cuba aku bagitau korang ye.

*ada sahabat bagitau daun letup2 ni boleh rawat buasir juga, tapi aku duk cari tak jumpa pula..

14 comments

March 28, 2011 at 6:09 PM

wow cantiklah bunga dia!
nice info!
:D

March 28, 2011 at 7:27 PM

aah cantik bunga nie .. baru tahu kegunaan dia .. agak menarik .. kalau tgk mcm nampak bunga nie gatal pulak .. :)

March 28, 2011 at 11:41 PM

thnks follow..sudah follow akk juge.

March 28, 2011 at 11:41 PM

thnks follow..sudah follow akk juge.

March 29, 2011 at 11:16 AM

ha...klu dolu2 kakD cukup suka dgn buah ni...

March 29, 2011 at 11:18 AM

@So Shy Lady
ye gambar close up bunga ni cantik kan..

March 29, 2011 at 11:18 AM

@ieda

cantik kak, jarang saya tgk bunga dia biasa tgk buah je huhu

March 29, 2011 at 11:19 AM

@aTeN i_nur
terima kasih..kongsi2 cerita ye

March 29, 2011 at 11:20 AM

@LadyzuL ?????�

saya pun selalu kutip makan buah ni dulu2 kak

March 29, 2011 at 7:52 PM

miza pn panggil pkk ulat bulu jgk.. Pulun mkn klu buah dia dh msk smpai pnjat pagar coz tmbuh tggi ats pagar.. Dh lama x jmpa pkk ni tau.. Teringat plak zmn budak2 dlu.. hehehe

March 30, 2011 at 10:40 AM

@mieza
sama la, qema pun pgl pkk ulat bulu juga, kt kg rumah xde pagar, so memang redah semak ambil buah ni..kenangan tu hehe

Anonymous
September 30, 2011 at 11:59 AM

baru tau rupanya buah dia bleh makan rupanya....

September 22, 2012 at 10:33 PM

hee..memang pokok ni tak gatal. tapi dulu kecik2 selalu kena ulat bulu masa dk kat pokok ni. tapi rajin gak dok kutip buah dia makan. makan dengan kawan2. bahagia ja.. =)

July 28, 2013 at 12:47 AM

Dulu masa kecil, saya selalu makan buah letup-letup ni, buah ni tumbuah liar kat balakang parents. Dah lama tak makan buah ni, boleh tak minta cuttings/ benihnya untuk tumbuh di rumah? :-)

Post a Comment

Sudi-sudilah klik ye..terima kasih