Pages

17.5.13

Nasi Kerabu..

Assalamualaikum..

Salam di pagi Jumaat yang redup..

Pagi ni terlambat masuk opis ada kereta rosak tengah jalan, jadi jammm sangat
sampai opis dah 8.45pagi huhu
nasib baik dah kirim kawan belikan nasi kerabu
so, breakfast merangkap lunch hari ni adalah

NASI KERABU + Daging bakar = RM3.00

murah kan, kedai baru buka semua jual murah kena pergi awal kalau tak cepat je habis dah murah & sedap siapa tak nak kan..


jarang breakfast makan berat cenggini
harap kenyang sampai petang la.. :)

korang makan apa pagi ni?


16.5.13

Selamat Hari Guru..

Assalamualaikum..

Hari ni 16 mei hari guru, ramai kawan-kawan aku jadi cikgu. Boleh dikata 1/2 kawan adalah cikgu, so dikesempatan ni nak ucap SELAMAT HARI GURU buat yang bergelar guru, cikgu..
Anda insan hebat, tugas anda tugas murni, cikgu sekarang banyak cabaran kalau dulu cikgu jengil mata je anak murid tunduk takut sekarang ni terbalik  kadang cikgu nak tegur anak murid pun was-was.

Kita sebagai ibu bapa jangan duk salahkan cikgu semata, kadang anak ni depan mak ayah baik belakang lain pula, minta dijauhkan la perangai camtu tapi kita kena pantau juga macamana peragai anak kat sekolah bila bersama kawan-kawan tu kena baik dengan cikgu.tanya cikgu.


Buat semua guru yang pernah mendidikku, terima kasih cikgu..terima kasih banyak, jasa cikgu saya takkan lupa hingga akhir hayat..

Selamat Hari Guru, cikgu....


10.5.13

Hasil Tangan Sejuk 2

Assalamualaikum..

Tajuk tak boleh blah haha..

Dulu kan aku ada buat entri pasal kebun kecik belakang rumah kami tu, tanam cili tomato peria dll kat sini &  dah nikmati hasilnya kat sini..

semua tanaman dulu tu kecuali sepokok cili suami ku cabut lepas dah petik hasilnya, dia tanam tanaman lain pulak, aku tukang tengok haha

ni haa yang bunga kuning tu pokok 'rock melon'  harap la dapat rasa hasilnya nanti teruja aku nih padahal siram pun malas


ni pula pokok sayur 'pak chow' betul ke aku eja tu malas nak google ekeke
dah boleh petik tapi aku biar je dulu kasi besar sikit..


Pastu ni tinggal sepokok pokok cili sayang nak buang sebab tengah berbuah lebat


Ni semua hasil tangan sejuk suamiku, aku jangan harap la kan

harap dapat hasil terutama rock melon tu, lupa nak amik gambar paip siram ala2 cameron, dah bini malas nak siram suami sanggup buat paip tebuk ala2 cameron tinggal buka pili je kalau tak siram juga tak tahu nak cakap la kan aku ni kadang2 lupa bukan malas benarnya hihi

Bila tengok tanaman subur, berbunga & keluarkan hasil  rasa teruja walau bukan kita yang tanam kan ..:)


8.5.13

Hadiah & Kenangan PRU13

Assalamualaikum..

Kembali bekerja setelah cuti sempena PRU13 selama 4 hari..
Balik lenguh2 badan segala 9jam perjalanan balik KJG-GM dan 9++jam perjalanan pulang dari P.Mas-Kajang..betul-betul kenangan PRU13 ni..

Nak juga coret kat sini kenangan balik mengundi ni kali pertama mengundi  InsyaAllah 5tahun lagi berkesempatan balik mengundi lagi.

PRU13 dah lepas ikatan yang sedikit terjejas dari fahaman politik harap kembali utuh & mesra xpayah gaduh2 ye..

Ni hadiah dapat sebelum balik mengundi, tak tahu anjuran dari parti mana sebab adik yang layan, datang rumah seminggu sebelum mengundi ambil sampel air untuk ujikaji katanya dan dia tanya soalan sikit2 pastu bagi semua tu suka sebab free hihi

shopping bag, brooch tag & Aeon voucher Rm10x2

Pastu balik kampung tok penghulu dari parti BN bagi RM50 dan parti PAS bagi RM50, tak kempen pun suh undi mana tapi dah kenal dua-dua tok penghulu tahu kita balik mengundi terus bagi untuk minyak kereta katanya, terima kasih..

NI pula kenangan mengundi..walau xsampai setengah hari dah hilang tapi xkisah la janji kita dah mengundi kan..


Apa pun yang dah berjaya tunaikan amanah anda sebaiknya dan yang kalah usah mengalah taburkan bakti anda untuk rakyat, insyaAllah usaha murni anda akan dibalas rakyat untuk undi seterusnya nanti, jangan dah dekat pihanraya baru tunjuk muka jenguk rakyat :)

Sekian...:)


* Terima kasih untuk jasa & bakti TGNA mantan MB Kelantan, moga Allah kurniakan kesihatan yang baik & panjang umur untuk melihat & memberi nasihat untuk MB baru Kelantan..InsyaAllah.

4.5.13

UNDI

walau aku DIAMMM je tapi aku balik ngundi tau hihi


selamat mengundi korang..pilih dengan bijaksana ye :)


*Autopublish ..cuti-cutian hingga 7hb

Sudi-sudilah klik ye..terima kasih